4hb. Ogos 2010 – Datuk Ahmad Fuad b. Abd Aziz, 58, hari ini bersara wajib. Beliau yang diraikan dalam majlis ringkas mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada beliau. Anak kelahiran Sabak Bernam ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha KDN sejak tiga tahun lalu dan bertanggungjawab kepada sektor Keselamatan yang mengurusi isu-isu di bawah ISA, penerbitan media cetak, kawalan keselamatan dan banyak lagi.
Datuk Ahmad Fuad sebelum ini pernah berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (Ogos 1975), Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia di Australia (1977 – 1981), di tempatkan di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1981 – 1983) sebagai Ketua Penolong Pengarah (Unit Asia Timur).
Pernah juga berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Kewangan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Kedutaan Besar Malaysia di Vietnam sebagai Penasihat Kedutaan, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Penolong Pengarah (Ekonomi), Kedutaan Besar Malaysia ke Perancis sebagai Penasihat Kedutaan.
Pada tahun 1996 – 2003, Datuk Ahamd Fuad bertugas pula ke Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Penolong Pengarah (Direktorat II). Pada tahun 2006 beliau ditugaskan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Negara (BKN) kemudiannya 28.02.2007 merangkap Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana. Sehinggalah beliau dihantar berkhidmat pula sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) pada 01.03.2007.
Beliau berumahtangga dengan Datin Zakiah Bt. Md Zain dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia 17 tahun.
“Saya memohon maaf kepada sesiapa juga jika saya ada melakukan kesilapan. Diterima di KDN sebuah kementerian yang bersangkutan dengan keselamatannya sesungguhnya satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya yang tidak berlatarbelakangkan keselamatan,” katannya.
Meraikan beliau di upacara ringkas ‘clock out’ ialah barisan pengurusan tertinggi KDN yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Mahmood b. Adam.
–team ikdn


















4 August 2010
KDN Sana Sini