web analytics

Ulasan Pasukan Penilai MAMPU

10 August 2010

KDN Sana Sini

Jumaat 06hb. Ogos 2010, setelah empat hari berada di KDN, panel penilai STAR RATING MAMPU bersedia membacakan penilaian mereka di atas persiapan dan pelaksanaan KDN memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan dalam pemberian markah STAR RATING.

Secara keseluruhannya pasukan itu melihat KDN telah berusaha untuk menambah baik prestasi STAR RATINGnya. Beberapa penghasilan idea dilihat amat memberangsangkan.  Begitupun ada beberapa sudut yang perlu diberi perhatian KDN untuk mencapai kedudukan yang lebih baik.

Penjelasan kupasan itu diberikan oleh Encik Bazarul Mazni bin Baharuddin hasil dari kesepakatan ahli-ahli penilai yang berkampung selama 3 hari di KDN itu.  Kehadiran mereka di setiap bahagiaan yang dikenal pasti diberi kerjasama penuh oleh jawatankuasa kecil KDN.

Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam hadir mendengar pandangan dan dapatan dari pemantauan pasukan MAMPU itu yang berlangsung selama hampir 3 jam.

–team berita ikdn

,