Kira-kira 820 anggota RELA di seluruh negara akan bertugas mengawal keselamatan di semua Depot Tahanan Sementara Imigresen dan Rumah Perlindungan Kementerian Dalam Negeri di Tanjung Keling, Melaka ketika hari raya.
Ini adalah kali pertama anggota-anggota RELA menjalankan tanggungjawab ini ketika hari raya setelah mula di ditempatkan di kesemua depot tahanan Imigresen mulai awal Ogos lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kegigihan serta pengorbanan anggota-anggota RELA yang sedia menghadapi suasana baharu ini amatlah dihargai kerajaan dan ini adalah sebagai satu ujian untuk menilai semangat kesukarelawan tulen yang mereka miliki.
Beliau yakin anggota-anggota ini dapat menjalankan tugas seperti biasa walaupun pertama kali terpaksa bertugas ketika orang lain menyambut hari raya.

“ Kerajaan amat menghargai sumbangan serta komitmen anggota – anggota RELA ini kerana sedia menggalas tanggungjawab besar ini walaupun terpaksa berhari raya di tempat bertugas. Semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan membuktikan bahawa anggota-anggota RELA sentiasa bersedia menjalankan am

















8 September 2010
KDN Sana Sini