Majlis dialog ini diadakan oleh KDN sebagai medium pengumpulan input dan maklumat untuk memperkemaskan lagi tindakan oleh KDN berkait pengurusan pekerja asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai ramai lagi berada di negara ini secara haram.

Majlis dialog dihadiri oleh lebih 300 syarikat berkaitan perkhidmatan ini. Berikut ialah antara persoalan dan cadangan yang dibangkitkan untuk perhatian. Kelihatannya KSU KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam tidak menang tangan mencatatnya sepanjang 4 jam sesi dialog itu. Pelbagai ragam dan karenah hadirin. Apa pun suasana dialog berlangsung dalam keadaan tenang dan adakalanya jenaka. Berikut antara input yang sempat dicatatkan:

INPUT HADIRIN:
~ Jabatan Imigresen tidak mampu melakukan kesemua ini kerana kekurangan sumber manusia dan faktor logistik yang lain.
~ Memang ada majikan yang menyorot PATI dan PATI ini pula memang pandai menyorot.
~ Kerajaan perlu membuat pengumuman berkait proses ini agar PATI berani tampil.
~ Kerajaan perlu ada senarai semak PATI.
~ Perkhidmatan ini jika benar ingin diswastakan maka biarlah terbuka kepada semua.
~ Jangan hendaknya pertemuan ini sebagai ‘formality’ sedang sebenarnya syarikat-syarikat tertentu yang ada hubungan politik
telah dipilih.
~ PATI yang sedia ada dipertimbangkan untuk ‘diputihkan’.
~ Jangan bagi peluang kepada pelancong yang datang atas ‘visa tourist’ untuk sama memohon pemutihan. JIka tidak negara ini akan dipenuhi oleh pelancong yang mahu mengambil kesempatan.
~ Keutamaan harus diberi kepada PATI yang masuk untuk bekerja.
~ Kerajaan perlu bersedia dengan Sistem Biometrik dan sistem ini wajar dipercepatkan.
~ Pemilihan syarikat harus menekankan pengalaman, kekuatan sumebr manusia dan faktor kewangan. Tahu undang-undang juga penting. Jika tidak ia akan mengundang masalah lain.
~ Brainstorming seperti ini wajar diadakan selalu dan terima kasih kepada KDN kerana mengambil inisiatif sebegini.
~ Sistem pendaftaran PATI secara online wajar dipertimbangkan dan ianya boleh dibuat di seluruh negara.
~ Masalah PATI ini terjadi apabila yang sudah tamat permit masih disimpan oleh majikan mereka dengan harapan majikan agar kerajaan melaksanakan pemutihan.
~ Kaedah pemutihan sebegini disokong dan memudahkan ramai orang.
~ PATI yang ada memang telah disuruh pulang ke negara asal mereka tetapi mereka tidka mahu kerana negara ini mewah dan mudah mencari pekerjaan.
~ Hapuskan monopoli syarikat-syarikat tertentu.
~ Ada syarikat yang diberi betis hendakkan peha dan tidak semua cadangan boleh diterima kerana ada darinya yang mengarut.
~ Bilakah kerajaan akan melaksanakan program pemutihan ini, lagi cepat lagi bagus.
–team berita ikdn


















21 September 2010
KDN Sana Sini