web analytics

Balai Polis dan Lokap Berpusat Jinjang

24 September 2010

KDN Sana Sini

Dokumen Dan Penyerahan Bangunan Balai Polis dan Lokap Berpusat Jinjang Kuala Lumpur bernilai RM21,917,955.50 telah selamat diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri selaku pemilik.

Projek Bangunan Balai Polis dan Lokap Berpusat Jinjang Kuala Lumpur meliputi pembinaan pejabat dan lokap, satu unit rumah banglo Kelas E, empat unit rumah berkembar Kelas F, pangsapuri Kelas G, stor barang kes, pondok pengawal, rumah sampah, pencawang TNB dan garaj pasukan berbumbung. Bangunan Balai Polis dan Lokap Berpusat ini meliputi kawasan seluas 16021.34 kaki terletak di Mukim Batu, Jinjang Kuala Lumpur telah siap sepenuhnya pada 31 Mac 2010.

KSU KDN Dato’ Sri Mahmood B. Adam kemudian menyerahkan dokumen bangunan kepada Datuk Mashuri Bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman selaku pengguna.

Turut hadir, Dato’ Md Nor Bin Hashim, TKSU (P), Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, TKSU(K), Dato’ Zubaidah Binti Md Ismail, Timbalan Pengarah Logistik PDRM Bukit Aman dan Dato’ Wira Mohd. Sabtu Bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur.

— team berita ikdn