web analytics

Chee Leong Lawat Depoh KLIA

28 September 2010

KDN Sana Sini

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Lee Chee Leong pada 23 September 2010 telah mengadakan lawatan ke Depoh KLIA bagi melihat sendiri keadaan di depoh itu. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Depoh Dato’ Mohamed Asri b. Yusof serta pegawai-pegawai bertugas dan beberapa wakil MCA Bahagian Sepang.

Lawatan tinjauan 30 minit itu dimulakan dengan taklimat oleh Komandan Depot iaitu Encik Delber Singh. Ini adalah lawatan sulung beliau sejak memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Di sebalik pelbagai kontrovesi yang melanda, Dato’ Lee Chee Leong berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh Pengurusan Tertinggi KDN untuk membaikpulih imej depot itu. Bahkan beliau berpendapat kemudahan yang disediakan kepada Orang Kena Tahan (OKT) di depot ini, walau tidak yang terbaik tetapi telah menepati keperluan asas OKT.

Dato’ Lee mengambil peluang meninjau persekitaran depoh khususnya blok yang menempatkan OKT serta pagar-pagar keselamatan yang baru sahaja disiapkan pemasangannya. Depoh KLIA dibina di atas keluasan tanah 24.34 ekar (hanya separuh dari itu dibangunkan ketika ini) dengan kadar muatan tahanan seramai 600 orang.

–team berita ikdn