Kontroversi demi kontroversi melanda Depot KLIA sejak pengwujudannya pada tahun 2001. Paling terkini ialah kelarian lebih 10 orang warga Afghanistan mangsa pemerdagangan orang sekitar Julai lalu. Sejak itu Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada depot ini (melalui Jabatan Imigresen) telah mengambil tindakan drastik. Pelan Tindakan Memulihkan Depot KLIA dengan 3 aspek fokus aktiviti iaitu penambahbaikan kemudahan fizikal depot, sistem kerja depot diperkemaskan dan struktur baru sumber manusia.

Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam dengan diriingi oleh Ketua Pengarah Jabatan Depot Dato’ Mohamed Asri b. Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Dato’ Abdul Rahman b. Othman hadir meninjau pelaksanaan penambahbaikan itu. Lawatan yang dibuat pada 17 September 2010 itu turut dibuka kepada pihak media.

“5 agensi di bawah KDN bergabung tenaga untuk mengawal aktiviti-aktiviti di depot ini, inilah contoh 1 Malaysia 1 KDN, katanya setelah mengikuti taklimat ringkas yang disampaikan oleh Komandan Depot Encik Delber Singh. Agensi yang dimaksudkan ialah Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam, RELA dan PDRM.

KSU meninjau pagar baru, CCTV dan blok tambahan yang menempatkan pendatang tanpa izin. Depot KLIA dibina di atas keluasan tanah 24.34 ekar (hanya separuh dari itu dibangunkan ketika ini) dengan kadar muatan tahanan seramai 600 orang.

Depot ini dijadikan tempat tahanan sementara kepada warga asing yang didapati tidak mematuhi beberapa dokumen masuk ke Malaysia. Untuk suatu ketika depot ini juga dijadikan tempat tahanan sementara untuk mangsa pemerdagangan orang sebelum Rumah Perlindungan Tanjong Kling dibuka awal Ogos lalu.
–team berita ikdn


















18 September 2010
KDN Sana Sini