web analytics

Hayati Masalah Untuk Memperkasa Persatuan

28 September 2010

KDN Sana Sini

Persaraan adalah satu fasa baru didalam kehidupan dan bukannya penamat untuk perkembangan kerjaya hidup seseorang. Berpegang kepada prinsip tersebut, Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Hal Ehawal Polis dan Penjara ntelah menganjurkan kursus Pemantapan Pengurusan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Kursus yang telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel pada 27 September 2007 ini telah disertai oleh 43 orang ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang datang dari seluruh negara. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato’ Abd Bakir bin Hj Zin Timbalan Ketua Setiausaha (Khas) dan En Shafie bin Bakri,Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Perasmian dilakukan oleh Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang. Beliau yang merupakan Yang Dipertua Dewan Negara juga bekas anggota PDRM. Dalam ucapannya Tan Sri Abu Zahar menyeru ahli-ahli bersatu dan menghayati permasalahan untuk menyelesaikan masalah. Beliau juga berpesan agar ahli-ahli sentiasa mengingati sejarah lampau. “Sejarah dapat mengajar kita untuk berhadapan dengan cabaran masa depan,” katanya.

Berusia 83 tahun , Hj Osman bin Salleh salah seoarang ahli PBPM berpendapat program ini adalah majlis ilmu yang banyak memberi kebaikan kepada ahli. Beliau menyarankan agar program seumpama ini dapat diadakan dengan lebih kerap untuk memastikan PBPM menjadi sebuah persatuan yang aktif dan dapat menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Wakil persatuan juga turut menyerahkan resolusi persatuan kepada Tan Sri Abu Zahar untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Antara pengisian program ini ialah Bicara Undang-undang Tubuh Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan sesi interaksi bersama dengan Dato’Sri Mahmood B. Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

–team berita ikdn