Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melahirkan rasa hati beliau menjelang sah tamat perkhidmatan beliau sebagai Ketua Polis Negara tidak lama lagi.
”Saya tidak pernah merasa kecewa dengan PDRM, saya telah memberikan jiwa raga saya sepenuhnya dan sampai masanya bagi saya untuk berada disini. Saya juga telah melatih Timbalan KPN Tan Sri Ismail B Hj. Omar di dalam kerja-kerja seharian dan saya berharap beliau akan terus meneruskan kesinambungan kepimpinan pejuang polis untuk membaiki pasukan polis lagi dan juga tentang perancangan-perancangan yang telah kita lakukan patut diteruskan,” katanya.
Pesan beliau pasukan polis dijaga dengan betul kerana mereka diperlukan untuk menjaga negara. Tugas yang dilaksanakan dengan baik akan mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.
”Kena jadi kuat untuk menghadapi cabaran sebagai Ketua Polis Negara, selagi kita lakukan tugas kita dengan ikhlas dan tidak melanggar peraturan, tiada apa yang perlu kita takut”, katanya.
—team ikdn

















2 September 2010
KDN Sana Sini