Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa terbuka dalam apa jua input atau cadangan yang dikemukakan demi menambahbaik perkhidmatan kepada orang ramai. Sehubungan itu apabila Pengerusi Zon Selatan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Encik M. Nagoor Hashan bin Sahiboo meluahkan isi hati beliau betapa KSU KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam dan KDN tidak memberi perkhidmatan professional, KSU KDN menerimanya dengan terbuka.
Isu-isu berkenaan adalah permohonan syarikat keselamatan untuk menggunakan khidmat pekerja asing, umur maksimum pengawal keselamatan, gaji minimum telah dibangkitkan kepada KDN namun KDN didakwa tidak memberikan maklumbalas dan tiada tindakan tegas telah memaklumkan kepada ketika sesi dialog tersebut telah meluahkan .

“Penetapan gaji minimum sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia (KSM). Walau bagaimanapun, KDN telah mengambil inisiatif berbincang dengan beberapa Kementerian lain termasuk KSM dan Kementerian Kewangan mengenai hal ini. Demi bersikap adil, kita telah meminta cadangan gaji minimum mengikut negeri dari persatuan. Namun, setelah sembilan bulan hingga kini saya tidak menerima sebarang maklumat,” jelas Dato’ Sri Mahmood.
Dato’ Sri Mahmood ketika menjawab dakwaan tersebut juga menegaskan bahawa tiada pekerja asing yang dibenarkan menjadi pengawal keselamatan kerana itu sememangnya dasar Kerajaan.

“Dasar KDN adalah jelas tetapi disebabkan pemikiran pengurusan yang tidak out of the box, tuan-tuan menyalahkan peraturan sedangkan kita boleh bekerjasama dengan baik. KDN mempunyai ramai anggota RELA dan JPAM terlatih yang boleh ditugaskan sebagai pengawal keselamatan jika diperlukan. Dasar dan khidmat KDN bukan berasaskan perniagaan dan keuntungan seperti tuan-tuan, tetapi berasaskan soal keselamatan negara,” tegasnya lagi.
Antara isu lain yang dibangkitkan dalam sesi dialog yang sama ialah mengenai latihan kepada pengawal keselamatan bersenjata yang bertugas di kawasan-kawasan larangan dan isu tapisan keselamatan kasar dan halus.

“Semua perkara boleh diselesaikan sekiranya kita bekerjasama. KDN sedia membantu dari segi latihan dan keanggotaan jika diperlukan tetapi pihak persatuan juga perlu melibatkan KDN dalam program berkaitan keselamatan bersama ahli-ahlinya.
“Saya menyeru tuan-tuan supaya mengubah cara pemikiran. Jangan terlalu memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan kepentingan keselamatan negara kerana ia bukan tanggungjawab KDN semata-mata tetapi tanggungjawab bersama,” katanya.
Dalam sidang media selepas program berkenaan, KSU menyatakan keyakinan beliau kepada kemampuan anggota RELA dan JPAM bertugas menjaga keselamatan kawasan-kawasan tertentu dalam negara seperti lapangan terbang dan pusat rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya.

“Kita tempatkan anggota-anggota ini bukan sahaja di kawasan bandar tetapi turut melibatkan kawasan pedalaman seperti di Bario. KDN menjalankan tugas mengawal keselamatan negara, maka adalah tidak adil untuk mendakwa saya dan KDN tidak profesional sedangkan persatuan mereka yang dianggotai 502 syarikat kawalan keselamatan seluruh Malaysia sendiri tidak boleh bersatu,” katanya yang memaklumkan bahawa program dialog ini akan dilanjutkan ke semua negeri kelak.
Program dialog yang diadakan pada 25 Septemebr 2010 itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (K), Dato’ Abd Rahim bin Md Radzi dan Setiausaha Bahagian Keselamatan Dato’ Paduka Alias b. Ahmad.
– team berita ikdn.


















26 September 2010
KDN Sana Sini