web analytics

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan PDRM Cameron Highlands

29 September 2010

KDN Sana Sini

Dokumen dan Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan PDRM Cameron Highlands, Perak (Pakej 1) bernilai RM13,687,947.57 telah selamat diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri selaku pemilik pada 29 September 2010, bertempat di Bilik Sidang Media, Kementerian Dalam Negeri.

Perumahan PDRM ini dibina bertujuan menambah baikpulih kuarters PDRM sedia ada. Projek Pembinaan Perumahan PDRM Cameron Highlands, Perak (Pakej 1) meliputi tempat letak kereta dan enam tingkat kuarters kelas F termasuk ruang komuniti dan bilik darjah. Selain itu, projek ini turut meliputi tangki rawatan kumbahan, rumah sampah dan pencawang TNB.

KSU KDN Dato’ Sri Mahmood B. Adam kemudian menyerahkan dokumen projek pembinaan perumahan PDRM Cameron Highlands, Perak (Pakej 1) kepada Datuk Mashuri Bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik PDRM Bukit Aman selaku pengguna.

Turut hadir, Dato’ Md Nor Bin Hashim, TKSU (P), memeriahkan majlis penyerahan ini.

–team ikdn