Seramai 176 orang kakitangan kumpulan sokongan II telah diraikan oleh Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam dalam Majlis Sumbangan Hari Raya KDN yang telah berlangsung pada 3 September 2010.

Penerima terdiri dari warga KDN di bawah gred 17 seperti Pengawal Keselamatan, Pemandu, Pembantu Am Pejabat dan beberapa jawatan lain. Majlis sumbangan raya ini diadakan setiap tahun sebagai rasa prihatin pihak pengurusan dengan harapan lebaran yang disambut akan lebih meriah kepada penerima.

“Terimalah seberapa yang ada ini. Inilah termampu yang kita berikan hasil dari kutipan di kalangan pengurusan tertinggi dari gred 41 hingga kepada KSU sendiri, kalau tidak puas hati lepas ini pergi jumpa terus dengan SUB dan minta tambah dari mereka, “ gurau Dato’ Sri Mahmood Adam sambil disahut dengan hilai ketawa hadiri.

“Ini inisiatif kitalah. Kita tidak mintak dari syarikat atau pembekal yang berdaftar dengan kita untuk sumbangan raya ini kerana itu salah. Memang banyak syarikat dan pembekal yang mahu berikan kita sumbangan tetapi kita tidak boleh terima kerana tindakan itu tidak menepati peraturan dan menjadi kesalahan, jadi biarlah kita kutip dari kita sahaja,” katanya.


Di majlis ringkas itu beliau menyelit mengenai peranan koperasi kementerian yang boleh digunakan untuk tujuan-tujuan kebajikan seperti ini. Ini kerana dengan adanya koperasi, aktiviti kebajikan dapat diadakan secara lebih kemas tanpa mengharapkan bantuan kewangan dari pihak lain.Tidak lupa beliau menasihatkan warga KDN yang akan pulang bercuti raya di kampung halaman masing-masing untuk memandu dengan cermat.
–team berita ikdn

















5 September 2010
KDN Sana Sini