SEGERA MELALUI FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT.163/2/3 /1Klt.19 ( 20 )
Tarikh : 18 September 2010
Ketua Pengarang,
Kosmo
Tuan,
MAKLUM BALAS LAPORAN AKHBAR KOSMO RUANGAN (NEGARA) BERTAJUK “TUNGGU MyKad EMPAT TAHUN LAGI”, BERTARIKH 17 SEPTEMBER 2010, JUMAAT M.S. 10
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merujuk kepada isu berkenaan permohonan MyKad oleh Bowee On Lee Yin. Pihak JPN ingin menjelaskan bahawa hasil semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa Encik On Kok Fei iaitu ayah kepada Bowee On Lee Yin telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan untuk anaknya pada bulan Januari 2009.
3. JPN juga ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut telah pun dikemukakan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan keputusan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BT. MOHD. NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam.
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks :03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.:
1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















20 September 2010
Surat Kepada Pengarang