web analytics

Mantapkan Persatuan

28 September 2010

KDN Sana Sini

Bekas anggota Polis seluruh Malaysia memerlukan sebuah persatuan yang mantap untuk mewakili mereka setelah tamat perkhidmatan masing-masing. Sehubungan dengan itu sebuah persatuan yang kuat di perlukan sebagai mata dan telinga bekas anggota PDRM untuk menjaga kebajikan mereka.

Sebuah mesyuarat di antara Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) bersama Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 27 September 2010. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang turut hadir memberikan pandangan betapa PDRM ketika ini berada di landasan yang betul dan terbaik. Pun begitu peranan bekas anggotanya juga masih penting dalam memberi imej baik kepada PDRM.

“PBPM masih boleh menjadi contoh kepada pegawai-pegawai muda PDRM yang ketika ini masih dalam perkhidmatan. Jika wujud sebarang masalah dalam persatuan maka ia sewajarnya ditangani secara matang dan diselesaikan secara musyawarah,” katanya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KSU KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam turut menyentuh harapan KDN kepada PBPM agar kekuatan ahli diperkemaskan. Menurut beliau sekalipun telah keluar dari perkhidmatan bekas anggota polis masih boleh memainkan peranan kepada negara.

–team berita ikdn