web analytics

MDN Bertakbir Raya di PUSPEN Sg.Besi

3 September 2010

KDN Sana Sini

Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan rakaman takbir sempena Hari Raya Aidilfitri pada 2 September 2010 bertempat di Surau C&C 1 Malaysia Clinic, PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur. Rakaman yang berlangsung selama hampir 1 jam ini melibatkan pelatih-pelatih yang sedang dalam proses pembentukan sahsiah diri untuk pulih dari pengaruh dadah seramai hampir 100 orang.

Rakaman ini memberi peluang kepada para pelatih berkenaan untuk berkongsi kegembiraan semangat takbir raya bersama Menteri Dalam Negeri selain dapat berkongsi dengan masyarakat bahawa pelatih-pelatih di PUSPEN ini mempunyai harapan untuk berubah dan menjadi masyarakat yang berguna.

Mengetuai bacaan takbir hari raya ini adalah Dato’ Firdaus Ismail, Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri. Turut bersama Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein ialah Timbalannya Datuk Wira Abu Seman B. Yusop, Dato’ Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha KDN, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ketua-ketua Pengarah dan barisan pengurusan tertinggi KDN.

–team berita ikdn