web analytics

MDN Umum Cadangan KPN Baru

2 September 2010

KDN Sana Sini

Perkhidmatan Tan Sri Musa Tan Sri Hassan sebagai Ketua Polis Negara sah tamat pada 12 September 2010. Jawatan Ketua Polis Negara yang baru dicadangkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail B. Hj. Omar.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 September 2010 dengan dihadiri oleh kedua mereka. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman B. Yusop.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), YDH Dato’ Hussin B. Hj. Ismail pula dicadangkan bagi menggantikan tempat Tan Sri Ismail B Hj. Omar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.

Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara adalah merupakan Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada Perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat YAB Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

”Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)”, katanya.

Khidmat dan sumbangan beliau amat bermakna pada kerajaan dan negara sedang melihat ruang untuk membolehkan Tan Sri Musa terus menyumbang pengalaman dan kepakaran beliau kepada kerajaan dan negara.

Dato’ Seri Hishammuddin menambah dengan pengalaman dan kepakaran Tan Sri Musa, beliau adalah calon terbaik untuk mengetuai inisiatif penubuhan Akademi Latihan di Langkawi. Ia membayangkan kesinambungan kerja berjalan dengan tertib, hormat , amanah dan tanggungjawab daripada semua pihak yang berkenaan dalam menangani jenayah merentasi sempadan.

”Penamatan kontrak ini tiada kaitan dengan sebarang tekanan tetapi kita dapat lihat ianya tidak berakhir di sini dan ada penyambungannya, walaupun Tan Sri Musa Hassan telah berkhidmat selama 41 tahun tetapi rasa tanggungjawab dan amanah, beliau akan masih ada bersama kita’’, katanya.

—team ikdn