web analytics

Mesra di Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia

24 September 2010

KDN Sana Sini

23 September 2010 bersamaan dengan 14 Syawal , Jabatan Penjara Malaysia tidak terlepas peluang untuk mengadakan Majlis Mesra Aidilfitrinya. Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Penjara Kajang ini telah dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman dan Dato’ Lee Chee Leong. Menyambut kunjungan kedua-dua jemputan khas ialah Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Wira Zulkifli Omar.

Majlis yang diadakan dari jam 11 pagi hingga 4 petang ini terus-terusan dikunjungi bukan sahaja oleh warga Jabatan Penjara sendiri bahkan jemputan luar kelihatannya berkunjung tidak putus. Kunjungan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Aziz Yusof menarik perhatian. Beliau juga adalah mantan Ketua Setiausaha KDN.

Biasalah menu hari raya tidak lengkap tanpa nasi impit, sate, nasi beriani, ketupat pulut dan lemang. Bahkan banyak lagi juadah menjamu selera sambil-sambil merapatkan silaturrahim sesama kita.

Kumpulan Kombo Penjara tidak kurang hebatnya mendendangkan lagu-lagu raya sebagai halwa telinga.

Belum terlambat mengucap salam Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan berjumpa lagi di tahun depan

–team berita ikdn