web analytics

PDRM dan Telekom Malaysia (TM) Bergabung Lagi

1 September 2010

KDN Sana Sini

Menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi, PDRM dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) berpadu tenaga menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya OPS Sikap yang kini memasuki fasa ke-22. Dengan bertemakan ‘Selamat Sampai ke Destinasi, kempen ini dirasmikan oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Sudah 13 tahun berturut-turut TM bersama-sama membantu PDRM dalam menjayakan kempen ini. Untuk kerjasama kali ini kedua belah pihak melaksanakan beberapa penambahbaikan demi merealisasikan harapan kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya. “Apa yang penting adalah keselesaan pegawai-pegawai polis yang bertugas kerana ini dapat membantu dalam menjayakan objektif utama kempen ini,” kata Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi Kumpulan TM.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan. Beliau memohon agar orang ramai dan pengguna jalanaraya untuk mengubah sikap dan mengamalkan budaya bersopan-santun serta berhemah semasa memandu. “Biar lambat, asalkan selamat,” kata beliau dalam ucapan ringkas.

Beberapa organisasi lain urut menyertai kempen ini seperti JPAM, PLUS dan JKR. Datuk Wira Abu Seman Yusop turut menasihati syarikat-syarikat perkhidmatan awam seperti bas agar memperbaiki kualiti mereka terutama sekali pemilihan pemandu dan kenderaan perlulah berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Dengan pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan, beliau berharap PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik.” Ini akan dilihat dengan omnipresence bagi PDRM dalam memberi kesan kepada pengurangan kemalangan sekaligus dapat mengurangkan juga kes-kes jenayah di musim perayaan ini,” kata beliau.

Selesai upacara kempen itu , Datuk Wira Abu Seman bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain melepaskan ‘Pasukan Pemantau’ dan konvoi pengguna jalan raya bagi menekankan lagi mesej kempen tersebut.

–team berita ikdn