web analytics

Penutupan Operasi Kaunter Sempena Hari Raya Aidilfitri

2 September 2010

KDN Sana Sini

Sempena Hari Raya Aidil Fitri, Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh Negara akan ditutup sementara.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Abdul Rahman bin Othman dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada 27 Oogs 2010 berkata, “ Jabatan Imigresen Negeri di seluruh Malaysia telah dibahagikan kepada 2 kategori mengikut tarikh-tarikh tutup operasi yang tertentu.”

Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, tarikh tutup operasi kaunter adalah pada 03 – 04, 10 – 12, dan 17 – 18 September 2010.
Bagi negeri yang selain dari tiga negeri tersebut, tarikh tutup operasi kaunter adalah pada 04 – 05, 10 – 12 , dan 18 – 19 September 2010.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan , Bilik Gerakan, di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya boleh dihubungi di talian 03-8880 1555 atau 03-8880 1556.

–team berita iKDN