web analytics

Perbincangan Sinar Harian dengan KSU KDN

2 September 2010

KDN Sana Sini

Akhbar Sinar Harian telah hadir ke Kementerian Dalam Negeri bertemu dengan Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam. Pertemuan itu berlangsung pada 1 September dihadiri oleh Dato’ Hussamuddin Yaacub (Penerbit/CEO Akhbar), Encik Abdul Jalil Ali (Penasihat Eksekutif Editorial) dan En Nordin Mohamed (Ketua Pengarang) Di pihak KDN pula Timbalan Ketua Setiausaha Dato’ Abd Rahim b. Mohd Radzi, Dato’ Zaitun Abd. Samad Setiausaha Bahagian PQ dan Puan Jamilah Taib Ketua Komunikasi Korporat juga turut hadir.

Perbincangan yang tidak sampai sejam itu diadakan bagi memberi peluang kepada Sinar Harian untuk menyampaikan komitmen dan peranan akhbar Sinar Harian kepada kesejahteraan Malaysia. Perbincangan banyak tertumpu kepada pertukaran input antara kedua belah baik dan memperbaharui komitmen untuk keselamatan yang berpanjangan.

–team berita ikdn