PETIKAN PENTING
Y. B. DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP
KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OPS SIKAP KE-22
LOBI MENARA TM, JALAN PANTAI BAHARU, KUALA LUMPUR.
- Apa yang penting dalam OPS Sikap ini, kita ingin mengingatkan kepada rakyat terutama pengguna-pengguna jalan raya, samada pemandu kenderaan ataupun yang menunggang motorsikal supaya mereka lebih berhati-hati semasa dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.
- Jadi apa yang dapat dilihat daripada kempen yang telah dijalankan dari tahun 2001, dari data statistic kemalangan ada peningkatan. Peningkatan yang paling ketara adalah pada tahun 2009 berbanding dengan tahun 2008. Terdapat peningkatan sebanyak 7.73%
- Tetapi walaubagaimana pun, kita melihat dari segi kemalangan maut. PDRM dan jabatan-jabatan yang lain telah bekerjasama dan dapat mengurangkan kes dari masa ke semasa. Iaitu kes kemalangan maut dan juga kematian.
- Dari tahun 2005 hingga 2008, kes kemalangan maut adalah negative. Kecuali pada tahun 2006 ada meningkat sedikit sahaja. Cuma pada tahun 2009, terdapat lebih kurang 55 kes. Ini menyebabkan peningkatan peratus kemalangan maut.
- Jadi apa yang kita harapkan pada tahun ini adalah agar kes kemalangan maut ini dapat dan mesti dikurangkan.
- Jadi dengan usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh polis dengan mewujudkan kanopi-kanopi di jalan raya . Oleh itu ianya akan dilihatkan sebagai omnipresence polis. Ini sebanyak sedikit akan mengingatkan setiap pengguna jalan raya samada yang memandu kenderaan atau yang menunggang motorsikal supaya berwaspada semasa dalam perjalanan.
- Jangan terlalu leka atau nak cepat sampai ke destinasi. Ini akan menyebabkan kecuaian berlaku seterusnya mengundang kecelakaan yang tidak disangka. Inilah yang ingin ditekankan melalui OPS Sikap ini agar dapat diterapkan ke dalam jiwa mereka.
- Kita mahu menyambut raya dengan suasana yang penuh meriah bersama sanak-saudara, bukannya dengan meratap kehilangan mereka.
–team berita ikdn

















1 September 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN