web analytics

Petikan Penting TMDN: Kes Kematian Aminulrasyid Hamzah

3 September 2010

Teks Ucapan MDN & TMDN

PETIKAN PENTING TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI:
ISU: AMINULRASYID HAMZAH

1. Hari ini (3 September 2010) Panel Khas telah mengadakan mesyuarat akhir dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan Y.B. Menteri Dalam Negeri berkaitan dengan pemantauan kes terhadap kematian Aminulrasyid Hamzah. Dalam tindakan panel kes, segala terma-terma syarat yang telah diamanahkan ini, dapat kita laksanakan dan berjalan lancar yang mana Panel Khas yang diminta, membuat pemantauan ke atas proses siasatan dan merumuskan samada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dilaksanakan dengan telus, adil dan tidak menyembunyikan sebarang fakta ataupun keterangan.

2. Panel Khas juga diminta untuk meneliti Ketua Polis Negara (perintah tetap) . Dan ini juga pihak Panel Khas dapat melaksanakan tugas ini berkaitan dengan rujukan pertama didalam siasatan yang telah dilaksanakan oleh PDRM, ingin Panel Khas menyatakan bahawa siasatan yang telah di ambil itu adalah didapati ianya telus, adil dan tiada apa-apa keterangan yang disembunyikan oleh pihak penyiasat. Dan lantaran daripada itu, bahawa seorang daripada anggota peronda telah dituduh ke makhamah di bawah Seksyen 304(a) kanun keseksaan . Sebagaimana yang kita sedia maklum anggota polis tersebut ialah Kopral Jenain bin Subi.

3. Pihak panel ada membuat beberapa perakuan tapi sebagaimana kita sedia maklum bahawa laporan ini adalah rahsia. Jadi kita tidak boleh nak mengumumkan sehingga ianya dikemukakan kepada Y.B.Menteri Dalam Negeri , beliau akan melihat dan meneliti laporan yang dikemukakan oleh Panel Khas.

4. Begitu juga yang berkaitan term of reference yang ke dua, dimana Panel Khas telah mewujudkan Jawatankuasa Teknikal melihat perintah tetap KPN yang lama yang mana didapati perintah tersebut tidak begitu lengkap. Oleh kerana itu satu penilaian telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan penambahbaikan telah dibuat dimana laporan-laporan untuk penambahbaikan ini dibentangkan kepada Jawatankuasa Panel Khas yang mana kita diantara Panel Khas dan Jawatankuasa Teknikal berbincang untuk menilai dan mempastikan supaya perintah tetap KPN yang lebih komprehensif dibuat. Dan inilah yang telah dilaksanakan dan perintah tetap ini dimana ianya berkaitan isu hal am merangkumi secara menyeluruh iaitu daripada kehadiran polis semasa dalam mengambil tindakan, dalam penangkapan sehinggalah penggunaan senjata api dimaksukkan dalam perintah tetap KPN yang telah kita telah buat untuk penambahbaikan ini.

5. Hari ini semuanya telah selesai, hanya proses polishing yang perlu kita buat. Dalam seminggu dua kita akan kemukakan laporan yang akhir sekali kepada Y.B. Menteri Dalam Negeri.