web analytics

Pusat Media PDRM

22 September 2010

KDN Sana Sini

Pusat media PDRM dilengkapi pelbagai infrastruktur dan kelengkapan teknologi seperti bilik suntingan audio visual dan televisyen, 20 unit komputer riba dan enam buah skrin plasma turut disediakan. Dengan adanya talian internet, laman Facebook turut boleh diakses di situ.

Akaun Facebook PDRM telah diaktifkan pada 19 September telah disertai oleh 936 pengguna Facebook. Selain mengandungi maklumat umum mengenai PDRM, media center PDRM turut menggunakan aplikasi ini bagi menyebarkan imej saksi kes jenayah yang dikehendaki, imej orang hilang, menjawab pertanyaan dan menerima laporan orang awam serta menyebarkan peringatan dan tips menghindari jenayah.

Orang ramai boleh mengakses akaun Facebook PDRM melalui pautan di laman web rasmi PDRM iaitu www.rmp.gov.my.

–team berita ikdn