SAGUHATI KHAS KEPADA BEKAS POLIS BERKHIDMAT SEMASA DARURAT.
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada pertanyaann puan berkenaan perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan permohonan wang Saguhati Khas hanya layak dibayar kepada mereka bekas Polis yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat 1948 hingga 1962 bagi tempoh tidak kurang 12 bulan perkhidmatan dan tidak menerima pencen terdiri dari kategori seperti berikut:-
i) Home Guard (HG)
ii) Special Constabulary (SC)
iii) Extra Polis Constable (EPC)
iv) Auxillary Police (AP)
v) Womwn Special Constable (WSC)
3 Berdasarkan maklumat yang disertakan, didapati bapa mertua puan pernah berkhidmat sebagai Police Constable, adalah tidak termasuk dalam kategori seperti di atas dan permohonan untuk mendapatkan wang saguhati khas itu telah ditutup pada 28 Februari 2008. Hebahan mengenainya juga telah disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Berita yang puan baca didalam akhbar adalah sebenarnya pemberian sumbangan saguhati khas yang dibayar dan telah membuat permohonan sebelum 28 Februari 2008.
4 Oleh yang demikian, sekiranya pihak puan mempunyai sebarang masalah sila berhubung terus dengan Supt. Abd. Malik bin Hj. Abd. Rahim di talian 03-8886 8584 atau Pejabat Am di talian 03-8886 8385 dari Bahagian Hal Ehwal Bekas Anggota Polis dan Penjara, Kementerian Dalam Negeri.
Sekian, dimaklumkan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ,
Saya yang menurut perintah ,
BD. MALIK BIN HJ.ABD.RAHIM
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA ( HP )
BAHAGIAN HAL EHWAL BEKAS ANGGOTA POLIS DAN PENJARA ( HP )
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
EMAIL : abd.malik@moha.gov.my
NO.TEL: 03-8886 8584
NO.FAX: 03-8889 1676


















6 September 2010
Surat Kepada Pengarang