web analytics

Sudah Sampai Masanya Dia Dihantar Pulang Ke Negara Asalnya – MDN

27 September 2010

KDN Sana Sini

Majlis itu majlis Aidil Fitri namun tidak menghalang pihak media untuk bertanya Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkait isu Mas Selamat Kastari yang dilepaskan dari ISA untuk diserahkan kepada pihak keselamatan Singapura.

Berikut ialah antara jawaban Dato’ Seri Hisham pada 25 September sebagai menjawab beberapa soalan pihak media yang sejak 24 September memburu beliau sebaik mendapat tahu Mas Selamat Kastari akan dipindahkan ke Singapura.

“Kita telah membuat keputusan selepas berunding secara dekat dan di antara agensi-agensi keselamatan dan risikan daripada task force keganasan kita.”

“Mas Selamat tidak menjadi ancaman lagi kepada negara kita lagi.”

“Kebetulan Mas Selamat berasal daripada Singapura. Saya telah menyatakan dari dulu lagi, jika tidak lagi memberi ancaman kepada negara kita, saya nak mereka diusir kembali ke negara asal.”

“Jadi keputusan itu banyak berkisar kepada fahaman di antara kedua-dua negara, kebimbangan dan ancaman terhadap negara kita dan juga perkongsian maklumat di antara agensi.”

“Kita perlu membuat apa jua pertimbangan dalam konteks tahanan tetapi hari ini dari perbincangan dan siasatan kita sendiri, masanya dah sampai untuk kita kembalikan beliau ke tahanan negara asalnya sendiri.”

–team berita ikdn