Filipina tidak keberatan untuk belajar dari Malaysia kaedah dan strategi menangani masalah pemerdagangan orang. Demikian disuarakan oleh T.Y.T Mr. Renato Villa, Consul General Embassy Of The Republic Of The Philippines. Yang mengunjungi Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam. Peretemuanyangberlangsung pada 6hb. Oktober 2010 turut diiringi oleh beberpa pegawai kedutaan.

Menurut Mr Renato, Filipina seperti juga Malaysia tidak terkecuali dari berhadapan dengan masalah pemerdagangan orang dan usaha Malaysia yang kini berada di Tier 2 menarik perhatian negara itu untuk mengkaji strategi yang telah diambil oleh Malaysia.

Dato’ Sri Mahmood b. Adam memaklumkan antara tindakan proaktif KDN ialah membuat jalinan kerja dengan agensi antarabangsa. KSU KDN berkata Malaysia tidak keberatan untuk membantu negara-negara jirannya kerana masalah pemerdagagnan orang memerlukan tindakan serantau secara bersepadu dan serentak.

Pertemuan singkat itu turut membincangkan mengenai permohonan visa dan permit oleh rakyat Filipina. Mereka menyokong tindakan kerajaan Malaysia yang mengetatkan pemberian visa dan permit kepada rakyatnya demi menggelak kemudahan itu dari disalahgunakan

– team berita ikdn


















7 October 2010
KDN Sana Sini