web analytics

Chee Leong Dikunjungi Duta Besar China

13 October 2010

KDN Sana Sini

Hubungan luar antara negara China dan Malaysia yang sememangnya erat dikukuhkan lagi dengan kunjungan hormat oleh Duta Besar China T.Y.T Chai Xi. Beliau mengunjungi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Lee Chee Leong pada 12 Oktober 2010 yang lalu.

Kunjungan hormat yang berlangsung selama lebih kurang satu jam tersebut antara lain membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan Kementerian Dalam Negeri dan hubungan luar antara Malaysia dan China.

Kedua-dua pihak kemudiannya saling bertukar cenderamata.

–team berita ikdn.