web analytics

JPPM Sahut Slogan 1 Malaysia

8 October 2010

KDN Sana Sini

Jabatan Pendaftar dan Pertubuhan (JPPM) menyahut cabaran 1 Malaysia apabila tampil dengan slogan ‘1 JPPM, Menjana Inovasi.’ Tema itu menjadi konsep persembahan sambutan Hari Inovasi 2010 peringkat JPPM yang telah diadakan di Dewan Gemilang pada 7hb. Oktober 2010.

Walaupun JPPM dilihat sebagai sebuah jabatan yang kecil namun tidak menghalang mereka untuk membuka gerai-gerai pameran. Majlis Sambutan Hari Inovasi itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam.

“Kenalpasti kekuatan dan jadikan ia senjata. Walaupun JPPM sebuah jabatan yang kecil tetapi jangan biarkan kita dipandang rendah,” katanya yang turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada warga JPPM di atas dedikasi mereka.

–team berita ikdn