web analytics

Karnival Sukan Kakitangan & Penghuni di Rumah Perlindungan Tg.Keling, Melaka

13 October 2010

KDN Sana Sini

Bertempat di perkarangan Taman Permainan di Rumah Perlindungan Tg. Kling, Melaka pada 4 hingga 8 Oktober 2010 lalu telah berlangsung Karnival Sukan antara kakitangan dan penghuni di situ.

Pelbagai acara dipertandingan antaranya futsal, melukis, boling kelapa dan meniup belon. Seramai 35 orang kakitangan dan 92 orang penghuni telah menyertai karnival sukan yang pertama kali dibuat sepanjang pembukaan Rumah Perlindungan (Lelaki) pada bulan Ogos lalu.

Jelas terpancar kecerian di raut wajah setiap penghuni sepanjang karnival berlangsung. Bagi mereka program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara penghuni dengan kakitangan yang merupakan ”Penjaga” mereka sepanjang berada di Rumah Perlindungan itu.

Majlis penutup berlangsung pada 8 Oktober 2010 dan dirasmikan oleh En. Sathiaseelan dari Sekretariat MAPO, KDN dengan hadiah berbentuk hamper disampaikan kepada pemenang mengikut kategori masing-masing.

–team ikdn