KENYATAAN MEDIA
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
07 OKTOBER 2010
KDN MESRA ADUAN
1. Kementerian Dalam Negeri adalah sebuah kementerian yang berkait dengan keselamatan (dalam negeri) demi menjamin keamanan, ketenteraman dan keselamatan rakyat. Sememangnya menjadi objektif utama KDN memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara dalam apa jua keadaan. Justeru KDN menekankan kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan dasar-dasarnya diimplemenkan secara tegas dan bijak.
2. Aduan, maklumat, cadangan dan pertanyaan dari orang ramai adalah antara pengukuran yang digunakan dalam menilai kehadiran KDN di kalangan orang ramai. Ia dapat memberi panduan kepada KDN untuk berkhidmat dan bertindak lebih esifen dari semasa ke semasa.
3. Sepanjang bulan Jun hingga Ogos 2010, KDN telah menerima sejumlah 402 aduan melalui Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) dan sejumlah 380 aduan melalui Sistem yang dikendalikan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).
4. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), Kementerian Dalam Negeri telah menduduki tempat pertama sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2010 iaitu sejumlah 999 aduan yang diterima berbanding dengan Kementerian-kementerian yang lain.
5. KDN menganggap ianya sebagai petunjuk positif penerimaan orang ramai kepada perkhidmatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian ini. KDN sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam apa jua cadangan, maklumat, kritikan mahupun pertanyaan. Aduan yang diterima diteliti dan diambil tindakan pada kadar segera.
6. Sehubungan dengan itu, aduan, maklumat/informasi dan pertanyaan berterusan dari orang ramai amat-amat dialukan. Warga awam boleh menggunakan 7 saluran berikut:
1) Laman web – www.moha.gov.my
2) E-mel – aduankdn@moha.gov.my
3) Ruangan akhbar (Surat kepada Pengarang)
4) Telefon – 03-8886 8000
5) Faksimili – 03-88885932
6) Emel portal berita – ikdn@moha.gov.my
7) Kiriman surat: Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1
Kompleks D, 62546
PUTRAJAYA
Terima Kasih jua.
JAMILAH BT. TAIB
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
7HB. OKTOBER 2010


















7 October 2010
KDN Sana Sini