web analytics

KENYATAAN MEDIA: RELA

21 October 2010

KDN Sana Sini

KENYATAAN MEDIA
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
( RELA )

Sebagai memudahkan orang ramai, RELA telah memperkenalkan kaedah permohonan menyertai pasukan ini melalui sistem atas talian ( on-line system ) mulai 17 Oktober 2010.

Majlis pelancaran sistem baharu ini dilancarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Lee Chee Leong di Majlis Pelancaran Kempen Penambahan Keahlian Baharu RELA Peringkat Parlimen Kampar di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak 17 Oktober 2010 lalu.

Pemohon hanya perlu melayari laman sesawang www.i-rela.moha.gov.my dan mengisikan maklumat yang dikehendaki. Di akhirnya, pemohon perlu menghantarnya ke mana-mana pejabat daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.

Pegawai RELA Daerah akan menghubungi serta memproses semua permohonan dalam masa selewatnya tiga bulan dari tarikh permohonan dan sekiranya pemohon ingin segera untuk berkenaan, sila bawa bersama sesalinan resit permohonan yang dicetak di samping dua keping gambar berukuran pasport, satu salinan kad pengenalan dan lain-lain dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pejabat RELA Daerah berhampiran atau permohonan itu dihantar .

RELA juga telah menyediakan kemudahan untuk menyemak dan mengetahui status apabila sistem MYSMS diperkenalkan awal Oktober lalu
Orang ramai boleh menyemak mengenai status keahlian dan permohonan mereka dengan menghantar SMS berikut :-

Untuk semakan status keahlian :

Taip KDN AHLIRELA < no kad pengenalan pengguna > dan hantar ke 15888
Contoh : KDN AHLIRELA 610527-12-5319

Untuk semakan Status permohonan keahlian, hanya taip :
KDN KADRELA < no kad pengenalan pengguna> dan hantar ke 15888
Contoh : KDN KADRELA 610527-12-5319

RELA mempelawa orang ramai yang berumur 16 tahun dan ke atas untuk menyertai pasukan ini. Anggota RELA akan mendapat perlindungan insurans percuma , kemudahan pakaian seragam, rawatan di hospital-hospital kerajaan, peluang mengikuti kursus-kursus di pusat-pusat latihan RELA dan berbakti kepada negara dan masyarakat.

Permohonan adalah percuma.
RAZALI HAJI MOHAMED YASSIN
Pegawai Perhubungan Awam
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ( RELA)
KEMENTERIAN DALAM NEGERI.
019-2333585 – 21 Oktober 2010