web analytics

Kunjungan Hormat Delegasi Bangladesh

4 October 2010

KDN Sana Sini

Kementerian Dalam Negeri begitu berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh H.E. Dr. Zafar Ahmed Khan, Secretary of The Ministry Of Expatriates’ Welfare and Overseas Employment, yang berlangsung pada 4 Oktober 2010. Kunjungan itu disambut mesra oleh Dato’ Sri Mahmood Bin Adam, Ketua Setiausaha KDN.

T.Y.T. Dr. Zafar Ahmed Khan menyatakan rasa bangganya dengan hubungan baik antara dua negara ini. Beliau turut merasakan bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara Islam yang berjaya dari segi pembangunannya yang pesat. Menurutnya disebabkan itu banyak pihak meletakkan harapan yang tinggi kepada Malaysia. Beliau mengharapkan perhubungan antara dua negara ini akan kekal harmoni walau pelbagai isu menimpa.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu membincangkan isu pekerja asing dari Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia. Menurut KSU, Kerajaan akan mengeluarkan satu polisi khas untuk memantau isu ini, bukan sahaja pekerja asing tetapi dalam skop yang lebih besar lagi iaitu pendatang asing.

Di akhir pertemuan itu, KSU KDN telah menerima sumbangan ikhlas dari pihak delegasi Bangladesh sebagai tanda simbolik kedatangan mereka.

–team berita ikdn