web analytics

Peranan Baru RELA

19 October 2010

KDN Sana Sini

Tempoh 38 tahun sudah cukup mendewasakan RELA untuk mengalas tanggungjawab dan peranan yang sebelum ini dipikul oleh agensi-agensi yang jauh lebih establish atau mantap. Oleh itu kerajaan berhasrat untuk menjadikan RELA sebagai satu gelombang yang boleh mencorakkan landskap negara untuk masa depan, demikian kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato` Lee Chee Leong dalam ucapan ketika merasmikan Sistem Pendaftaran secara ON-LINE bagi memudahkan orang ramai menyertai RELA pada PELANCARAN KEMPEN PENAMBAHAN AHLI RELA PERINGKAT PARLIMEN KAMPAR di Kompleks Rakan Muda Kampar,Perak. Kementerian Dalam Negeri menyasarkan keanggotaan RELA sebanyak 2.6 juta pada penghujung tahun ini dengan mengadakan kempen seperti ini di setiap negeri.

Di negeri Perak khususnya keanggotaan yang direkodkan adalah sebanyak 169,302. Pada majlis tersebut Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menganugerahkan pangkat Kehormat kepada 11 orang dan 42 orang Ketua Platun untuk setiap kampung dan 5 Platun telah menerima kelengkapan berupa alat kelengkapan operasi RELA. Dalam ucapan itu juga Timbalan Menteri Dato` Lee Chee Leong mahu RELA menubuhkan kadet RELA di setiap sekolah agar setiap pelajar tahu akan pentingnya RELA sebagai benteng ke 3 negara agar menjadikan pasukan sukarelawan yang unggul dan terbaik di negara ini dan dapat membantu dalam aktiviti kemasyarakatan dan keselamatan setempat terutamanya di kawasan-kawasan yang di anggap panas ( hot Spot ).

–team berita ikdn