web analytics

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bah.Kawalan Penapisan Filem & Penguatkuasaan

13 October 2010

KDN Sana Sini

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan telah diadakan pada hari khamis 30 September 2010 bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran para jemputan seperti Ketua Setiausaha, Timbalan – timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Bahagian di bawah Kementerian Dalam Negeri, Penerbit dan Pengedar filem serta Cawangan- cawangan BKF yang terdekat iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KLIA dan Negeri Sembilan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri dan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan.

–team ikdn