web analytics

MAKLUM BALAS RELA TERHADAP SMS DI RUANGAN SUARA PEMBACA DI AKHBAR KOSMO BERTARIKH 4 OKTOBER 2010.

12 October 2010

Surat Kepada Pengarang

Dengan faks Rujukan Kami : RELA ( S ) 99 / 5/ 9 ( )
Tarikh : Oktober 2010

Ketua Pengarang Berita
Kosmo
46M,Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin
55200 KUALA LUMPUR
( Pengarang Suara Pembaca )

Tuan,

MAKLUM BALAS RELA TERHADAP SMS DI RUANGAN SUARA PEMBACA DI AKHBAR KOSMO BERTARIKH 4 OKTOBER 2010.

Sukacita dimaklumkan merujuk mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS ) oleh Mata-mata di ruangan Suara Pembaca akhbar KOSMO bertarikh 4 Oktober 2010 muka surat 20.

2. Terlebih dahulu RELA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penulis di atas teguran serta komen ke arah penambahbaikan kaedah dan pelaksanaan tugas RELA pada masa-masa akan datang.

3. Untuk makluman tuan, RELA sentiasa berada di samping masyarakat untuk memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Cadangan ini diberikan perhatian oleh RELA Daerah Petaling khususnya bagi Platun Sri Damansara dan Damansara Damai. Namun begitu, RELA perlu mendapatkan keizinan dari pihak polis ter;lebih dahulu sebelum mengadakan sebarang rondaan cegah jenayah kerana pihak kami tidak boleh bertindak bersendirian tanpa kelulusan dan pengetahuan pihak polis.

4. RELA akan juga membawa cadangan ini ke pengetahuan pihak polis di kawasan ini agar mempertingkatkan usaha mencegah jenayah di samping mempertingkatkan hubungan dengan masyarakat. RELA akan terus memantau kawasan-kawasan ini dan segera memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan bagi tindakan awal.

5. Pihak kerajaan mengambil maklum dan perhatian di atas setiap teguran dan maklumat dari orang ramai. Kerajaan juga merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama orang ramai bagi bersama-sama mencegah kegiatan jenayah di negara ini.

Di atas pertimbangan dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERINTEGRITI, BERDISIPLIN DAN BERHEMAH”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ,

( RAZALI BIN HAJI MOHAMED YASSIN )
Pegawai Perhubungan Awam
b.p Ketua Pengarah
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

s.k. Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah RELA

Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri.
( u.p. Unit Perhubungan Awam )