SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19 ( 49 )
Tarikh : 14 Oktober 2010
Ketua Pengarang
Berita Harian,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR BERITA HARIAN BERTARIKH 14 OKTOBER 2010, RABU – M.S. 37 (R@KANBH)
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu berkenaan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang memiliki MyKad yang diutarakan oleh ALAM:BHA08605.
3. Untuk makluman, pihak JPN mengambil serius ke atas isu berkaitan dan sentiasa melaksanakan langkah-langkah penguatkuasaan dengan membuat tangkapan dan pendakwaan. JPN juga sentiasa melaksanakan operasi bersepadu bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam membanteras permasalahan ini.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ALAM:BHA08605 mengemukakan maklumat lanjut berkaitan bagi membantu Jabatan ini membuat semakan, siasatan dan tindakan. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan/Tetamu, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077 /7071 /7067 / 7069 / 8206 atau melalui e-mel pro@jpn.gov.my.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
: 03-88807077
: 03-88808288
: pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















15 October 2010
Surat Kepada Pengarang