SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19 (56)
Tarikh : 20 Oktober 2010
Ketua Pengarang
Sinar Harian,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “BINGUNG MYKAD DITAHAN JPN, TIGA BERANAK DIDAKWA WARGANEGARA INDONESIA” BERTARIKH 19 OKTOBER 2010, SELASA – M.S. P7 (MARAN)
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu mengenai Encik Roslan bin Hamid berikutan penahanan Kad Pengenalannya dan kelewatan kelulusan permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan dua orang anaknya.
3. Untuk makluman, permasalahan ini telah dirujuk ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan untuk siasatan lanjut di atas tindakan Encik Roslan dan anak-anaknya yang telah menggunakan passport Indonesia semasa memasuki Malaysia. Ingin ditegaskan bahawa berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, seseorang yang mendapat keistimewaan negara lain seperti kemudahan passport dan hak mengundi maka bersabit dengannya, seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 24.
4. Merujuk kepada permasalahan yang dihadapi Encik Roslan, pihak Jabatan memerlukan siasatan lanjut kerana tindakan melucutkan kewarganegaraan seseorang tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Ianya perlu dibuat dengan teliti dan mematuhi keperluan undang-undang.
5. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan memohon kerjasama Encik Roslan untuk menghubungi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya di talian 03-88807019 atau melalui e-mel wanzakaria@jpn.gov.my untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
Tel : 03-88807077
Faks : 03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















21 October 2010
Surat Kepada Pengarang