web analytics

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “PESAKIT HIV RAYU BANTUAN” BERTARIKH 13 OKTOBER 2010, RABU – M.S. S12 (GOMBAK)

15 October 2010

Surat Kepada Pengarang

SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19 ( 47 )
Tarikh : 13 Oktober 2010

Ketua Pengarang
Sinar Harian,

Tuan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “PESAKIT HIV RAYU BANTUAN” BERTARIKH 13 OKTOBER 2010, RABU – M.S. S12 (GOMBAK)

Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan berkenaan seorang ibu tunggal Puan Kalyani yang menghidapi penyakit HIV Aids tidak layak mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat gara-gara tidak mempunyai Kad Pengenalan. Untuk makluman pihak JPN telah menghubungi beliau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permasalahan tersebut.

3. Hasil semakan dengan rekod jabatan mendapati Puan Kalyani memiliki sijil kelahiran Malaysia. Pihak JPN telah dimaklumkan bahawa beliau pernah hadir ke JPN W.P Kuala Lumpur untuk membuat permohonan Kad Pengenalan. Namun tidak dapat diproses kerana terdapat beberapa maklumat yang tidak lengkap. Oleh kerana menghadapi masalah kewangan beliau tidak dapat mengemukakan borang permohonan daftar lewat kad pengenalan.

4. Sehubungan dengan itu, Pihak JPN memohon kerjsama pengadu supaya hadir bersama penganjurnya ke JPN Gombak untuk mengemukakan permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan. Berdasarkan permasalahan yang berlaku pihak JPN boleh mempertimbangkan pengurangan atau pengecualian bayaran untuk beliau.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.

 : 03-88807077
 : 03-88808288
 : pro@jpn.gov.my

s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)