web analytics

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “REMAJA MOHON KAD PENGENALAN” BERTARIKH 14 OKTOBER 2010, RABU – M.S. S11 (AMPANG)

15 October 2010

Surat Kepada Pengarang

SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19 ( 50 )
Tarikh : 14 Oktober 2010
Ketua Pengarang
Sinar Harian,

Tuan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “REMAJA MOHON KAD PENGENALAN” BERTARIKH 14 OKTOBER 2010, RABU – M.S. S11 (AMPANG)

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2. Untuk makluman hasil semakan rekod Jabatan mendapati Encik Muhammad Alias Samion memiliki Sijil Kelahiran Malaysia dan berstatus Bukan Warganegara. Beliau tidak dapat membuktikan tuntutan beliau ke atas kewarganegaraan Malaysia bagi membolehkan beliau dikeluarkan MyKad. Selain daripada itu beliau juga tidak dapat membuktikan tuntutan beliau ke atas kewarganegaraan Malaysia berdasarkan status ibubapanya.

3. Encik Muhammad Alias Samion pernah membuat permohonan kewarganegaraan walaubagaimana pun permohonan tersebut tidak berjaya dan telah dimaklumkan secara bersurat pada bulan Mei 2010 oleh Kementerian Dalam Negeri.

4. Dimaklumkan juga bahawa memenuhi syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf Kewarganegaraan beliau dilakukan. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan ianya bukanlah hak yang mesti diperolehi oleh seseorang yang memohon Warganegara.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.

 : 03-88807077
 : 03-88808288
 : pro@jpn.gov.my

s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)