SEGERA DENGAN FAKS
Ruj. Kami: JPN.PT:163/2/3/1 Klt.19(55)
Tarikh :20 Oktober 2010
Ketua Pengarang
Sinar Harian,
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 19 OKTOBER 2010, SELASA – M.S. P22 (INTERAKTIF)
Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh KURA-KURA EXPRESS.
3. Untuk makluman pendaftaran kelahiran yang berlaku di Sabah adalah tertakluk di bawah perundangan yang berbeza. Bagi kelahiran yang berlaku di Sabah adalah tertakluk di bawah Registration Of Birth And Death Ordinance (Sabah Cap. 123). Walaubagaimana pun sebarang permohonan cabutan/salinan bagi Sijil kelahiran Sabah hanya boleh dikemukakan di mana-mana JPN di Semenanjung dan akan dikembalikan ke JPN Negeri Sabah untuk tindakan semakan dan pengisian kerana semua rekod berkaitan adalah di bawah bidangkuasa JPN Negeri Sabah selaras dengan ketetapan perundangan sebagaimana pada Seksyen 31(2) Ordinan Sabah, Cap.123.
4. Ingin ditegaskan bahawa sebelum sijil diserahkan kepada pemohon, pemohon perlu terlebih dahulu membuat semakan dan pengesahan dengan menurunkan tandatangan pada ‘dummy’ sijil bagi memastikan tiada sebarang kesilapan sebelum sijil tersebut diserahkan. Jika terdapat kesilapan perkeranian pembetulan boleh dibuat serta merta sekiranya ia tidak melibatkan pindaan pada fakta berdasarkan maklumat pendaftaran asal.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
Tel :03-88807077
Faks : 03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















21 October 2010
Surat Kepada Pengarang