Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak melantik mana-mana syarikat untuk menguruskan permohonan Pemutihan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Sehubungan dengan itu,adalah diingatkan agar semua pihak berhati-hati dan tidak tertipu sekiranya tedapat mana-mana syarikat yang mendakwa telah dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri dan meminta bayaran tertentu untuk tujuan permohonan Pemutihan PATI.
Sebarang pertanyaan / penjelasan berkaitan dengan perkara ini bolehlah menghubungi Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri di talian 03-88863296 / 3318 / 3257


















12 October 2010
KDN Sana Sini