Australia memperbaharui komitmen mereka untuk saling berkongsi maklumat dengan Malaysia berkait beberapa isu yang dihadapi ketika ini khususnya isu pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia. Perkara itu menjadi perbincangan utama antara Kementerian Dalam Negeri yang menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia, T.Y.T Mr. Miles Kuppa pada 6 Oktober 2010.

Kunjungan pertama kali Mr. Miles itu disambut oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Mahmood Adam.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai Depot Tahanan Imigresen, strategi menangani masalah pendatang tanpa izin dan Akademi Penguatkuasaan yang akan dilancarkan oleh KDN yang kini sedang dapal perbincangan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk berkongsi apa jua pandangan dan informasi dalam menaik tarafkan sistem penguatkuasaan terutamanya berkenaan pendatang tanpa izin, pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia.

–team berita ikdn


















7 October 2010
KDN Sana Sini