PROGRAM MAJLIS MESRA RAKYAT DAN SAMBUTAN AIDILFITRI
1. Saya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada semua agensi di bawah KDN serta pihak lain yang menjayakan program ini dalam semangat 1 KDN dan 1 Malaysia.
2. Inilah kekuatan yang ada pada kita. Kita akan terus mempertahankannya dan tidak harus membiarkan orang lain menggembar-gemburkan sesuatu dengan niat untuk memecah-belahkan kita.
KES RAMPASAN SYABU DI PAHANG YANG MELIBATKAN ANGGOTA POLIS
1. Saya setuju dengan Majlis Peguam Negara untuk mengkaji kes ini di bawah Kanun Keseksaan dan Tan Sri IGP pun telah mengeluarkan kenyataan tegas berkenaan perkara ini.
2. Hal seperti ini akan menjejaskan imeh PDRM dan KDN. Justeru, tindakan segera perlu diambil meskipun melibatkan kakitangan sendiri. Dengan kepimpinan baru PDRM ini, saya turut memantau perkara ini.
KES KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN YANG DIKELUARKAN OLEH GURU
1. Kebelakangan ini banyak high profile cases. Kadang2 kita tengok kes-kes ini, ia melibatkan pelbagai kaum dan warna kulit. Tiada isu kes sebegini dimonopoli golongan ini atau golongan itu.
2. Oleh itu, saya meminta tidak ada orang yang mempolitikkan sesuatu hingga boleh memecah-belahkan kita. KDN pantau perkara seumpama ini dan saya meminta semua orang termasuk PDRM dan juga diri saya sendiri agar tidak meletakkan diri kita lebih tinggi dari undang-undang
3. Jangan mana-mana pihak mengaitkan mana-mana kes jenayah dengan isu kaum dan agama. Kita melaksanakan tugas dengan konsisten, cepat dan profesional tanpa berdasarkan kaum dan agama yang terlibat. Saya juga pasti inilah yang rakyat mahukan.
4. Saya meminta dan berharap agar PDRM menjalankan siasatan dengan telus dan adil. Walau bagaimanapun, kes-kes seumpama ini melibatkan agensi lain juga selain KDN.
5. Sebagai contoh jika kes melibatkan ICT, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memberi nasihat dan siasatan awal dalam konteks teknikal sebelum diserahkan kepada kita.
6. Seterusnya, KDN akan menyiasat perkara berkenaan sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diambil tindakan mahkamah.
7. Bagi pihak KDN, saya mengalu-alukan semua pihak untuk datang dan sama-sama bekerjasama demi perkhidmatan berkualiti kepada semua.
–team ikdn


















4 October 2010
Teks Ucapan MDN & TMDN