Program kesejahteraan psikologi pada 4 Oktober 2010 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri. Seramai 200 orang penjawat awam yang terdiri daripada warga KDN menghadiri program tersebut. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Saleh dan Puan Intan Rohaida bt Abdullah.

Program ini dimulakan dengan pimpinan bacaan doa dari Encik Asmadi serta ucapan setinggi terima kasih dan salam 1 Malaysia dari Tuan Haji Ahmad. Dalam program kesejahteraan psikologi kali ini, Tuan Haji Ahmad telah menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Akrab Dari Perspektif Islam’. Ceramah bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung ilmu psikologi dan pembangunan kendiri bagi meningkatkan pengetahuan dan keupayaan warga KDN dalam membentuk penjawat awam yang mempunyai budaya kerja berprestasi tinggi.

Penceramah juga menerangkan apakah erti ‘Akrab’ yang ditubuhkan oleh JPN pada 20 Januari 2010 dan beliau memberitahu bahawa penjawat-penjawat awam perlu mempunyai akhlak dari segi kepercayaan, kesetian dan lurus bagi memupuk insan yang mulia. Beliau menyaran penjawat awam menghormati antara satu sama lain dan mereka perlu menjaga nama baik mereka dan anggota-anggota yang lain bagi menaikkan lagi nama baik jabatan dan organisasi kementerian.

Ceramah seterusnya disampaikan oleh Puan Intan Rohaida yang bertajuk ‘Warna dan Stres’. Ceramah yang disampaikan oleh Puan Intan adalah berhubung tentang otak dan minda seseorang. Penceramah menekankan tentang stres dan punca-punca stress yang dihadapi oleh seseorang itu. Beliau menyarankan agar seseorang itu menjaga pemakanan supaya dapat mengatasi stress yang dihadapi.

–team berita ikdn


















5 October 2010
KDN Sana Sini