”Fenomena baru yang perlu ditangani bersungguh-sungguh”. Begitulah kata-kata tegas Menteri Dalam Negeri, Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menghadiri majlis penutup Mesyuarat Kumpulan Kerja Malaysia-Australia Mengenai Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang yang berlangsung selama dua hari bermula 27 dan berakhir pada 28 Oktober 2010 di LISRAM, Langkawi.

Mesyuarat ini dihadiri 31 deligasi dari Australia diketuai oleh Ketua Pengawai Operasi Kastam dan Khidmat Perlindungan Sempadan Australia, Micheal Pezzullo berserta deligasi Malaysia bersama-sama bersepakat mengukuhkan kerjasama bagi mencapai matlamat dalam usaha menangani gejala ini.

Anjuran buat kali ketiga turut membincangkan inisiatif baru yang bakal dilaksanakan bagi membanteras aktiviti yang melanggar hak asasi manusia ini. Selain itu, turut dibincangkan juga adalah langkah bagi menghalang sebarang aktiviti permerdangan yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit utama serta destinasi pendatang haram.

Pada majlis yang sama juga, Dato’ Seri Hishammuddin melancarkan Kempen Maklumat Awam Mengenai Pemerdagangan Orang yang merupakan strategi untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap kesan dan akibat dari perlakuan ini. Kempen ini juga dijangka akan mengurangkan kadar statistik bagi kes ini.


–team berita ikdn


















1 November 2010
KDN Sana Sini