Kementerian Dalam Negeri nampaknya menjadi destinasi wajib kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dalam menjayakan Kempen Derma Darah. Kempen yang serupa telah diadakan sebanyak 3 kali sebelum ini bertempat di Dewan Gemilang, Blok D1, KDN.


Menurut jurucakap HTAR Puan Ruhaida Harun tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menampung bekalan darah di hospital itu yang kini memasuki tahap membimbangkan. Peningkatan kes seperti Denggi Berdarah dan H1N1 telah menyebabkan HTAR perlu bersiap sedia dengan bekalan darah yang mencukupi.


Sambutan yang diterima adalah amat membanggakan apabila sasaran mereka untuk mengutip lebih dari 40 beg darah berjaya dicapai. Didapati juga orang awam turut hadir menyertai kempen ini. HTAR bercadang untuk berkunjung lagi ke KDN bagi melaksanakan program yang serupa.



–team berita ikdn


















11 November 2010
KDN Sana Sini