Taklimat Media KDN atau KDN: Meet The Press telah memasuki siri ke- 4nya sejak dimulakan September 2010. Isu kali mengenengahkan topik Isu-isu Laut Kita yang disampaikan oleh Dato’ Isa Bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin, PGM PDRM.
Topik itu menarik perhatian sebilangan besar media termasuk media antarabangsa seperti BBC dan AFP. Media tempatan yang hadir pula ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Malay Mail, Bernama, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily, Guang Ming, New Straits Times, TV3 dan banyak lagi.
Taklimat memfokuskan kepada latarbelakang penubuhan PGM, isu-isu yang dihadapi, tindakan yang diambil dan cadangan-cadangan penambahbaikan. Isu-isu di laut kita mengupas lebih lanjut mengenai penyeludupan manusia, masalah pertindihan sempadan dan wilayah laut dengan negara jiran, ancaman dadah. pemerdagangan manusia, rompakan di laut dan banyak lagi.
Media agak tertarik dengan paparan gambar-gambar operasi serta statistik yang dipaparkan. Perhatian media kepada isu ini dapat dilihat apabila begitu banyak soalan dikemukakan kepada Dato’ Isa menjadikan ruang taklimat itu hidup. Bahkan sejurus selepas sesi soal jawab ditutup, media masih mengerumun Dato’ Isa untuk bertanya lanjut mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan.
Pasukan Gerakan Marin (PGM) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dulunya dikenali sebagai Polis Marin merupakan satu lagi cabang perkhidmatan kepolisan negara. Pasukan ini mempunyai sejarah penubuhan yang panjang iaitu pada 1 September 1947, di Pulau Pinang dengan keanggotaan seramai 90 orang dan 19 buah bot sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan.
Sesuai dengan namanya, Polis Marin ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir dari kawasan perairan. Dan sepanjang tempoh itu PGM telah terbabit dalam hampir kebanyakan konflik bersenjata dalam negara.
Fokus utama PGM adalah keselamatan. Tidak kira keselamatan dalam negari mahupun, keselamatan nyawa dan harta awam. Apa yang penting, keselamatan negara serta rakyat terjamin. Sesuai dengan fungsinya, PGM turut diberi nama lain iaitu “Government Outreaching Agent”.
–team berita ikdn


















22 November 2010
KDN Sana Sini