PEJABAT IMIGRESEN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT PADA HUJUNG MINGGU
Mesyuarat Logistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 22 November 2010 telah memutuskan bahawa disebabkan kesesakan yang luar biasa, beberapa pejabat Imigresen di Lembah Kelang akan dibuka untuk perkhidmatan pada hujung minggu.
Perkhidmatan yang bermula 27 November 2010 ini membabitkan pejabat-pejabat cawangan:
i. Putrajaya
No. 2, Aras 1, Blok A dan B
Bangunan Chancery Place
Jalan Diplomatik 2
Presint 15
62050 Putrajaya
Tel: 03-88811091
Faks: 03-88811162
ii. Lapangan Terbang Subang
Pejabat Imigresen Subang Terminal 3
Terminal 3 Lapangan Terbang SAAS
47200 Subang
Tel : 03-78471678
Faks :03-78472049
iii. Pelabuhan Kelang
Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang
Lot 6, Jalan Depoh
Seksyen 15, Bandar Pelabuhan Klang
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-31688166
Faks : 03-31677930
iv. Kajang
Pejabat Imigresen Kajang
Lot 3-60 Tingkat 3
Kompleks Perhentian Kajang
Jalan Reko 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-87344344
Faks : 03-87345345
v. Wangsa Maju
Aras 1, Wisma Rampai
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-41423449
Faks : 03-41423578
Pejabat-pejabat ini akan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan perkhidmatan-perkhidmatan yang akan diberikan adalah penerimaan permohonan serta pengeluaran pasport.
Pembukaan pejabat-pejabat ini di hujung minggu adalah sebagai tambahan kepada pejabat-pejabat Imigresen di Lembah Kelang yang telah memberikan perkhidmatan pada hujung minggu adalah di Pusat Bandar Damansara dan Shah Alam.
Kementerian menjangka bahawa waktu operasi pada hujung minggu ini akan dapat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan Imigresen khususnya semasa sesi cuti persekolahan ini.
Dato’ Alias bin Hj Ahmad
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
22 November 2010


















22 November 2010
KDN Sana Sini