KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
DUA WARGA NIGERIA MELEPASKAN DIRI DARI TAHANAN
PADA 10 NOVEMBER 2010 DI KLIA
1. Pada 11 November 2010 kira-kira jam lebih kurang 1.30 pagi, dua (2) Orang Kena Tahan (OKT) lelaki warga Nigeria telah melarikan diri semasa dalam perjalanan ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA bagi tujuan pengusiran (check out).
2. Kejadian berlaku ketika OKT terbabit sedang dibawa menggunakan van jabatan dari Depot KLIA ke Lapangan Terbang KLIA diiringi oleh dua (2) orang Pegawai Imigresen berpangkat KP17. Turut bersama seorang OKT warga Palestin bagi tujuan yang sama.
3. Apabila tiba di KLIA pada jam lebih kurang 12.15 pagi, OKT warga Palestin telah dibawa masuk dahulu ke bangunan Terminal oleh seorang Pegawai Imigresen bagi tujuan pengusiran manakala dua (2) OKT lelaki warga Nigeria terbabit berada di dalam van dan dikawal oleh seorang Pegawai Imigresen dengan alasan waktu penerbangan OKT warga Nigeria tersebut agak lewat iaitu pada jam lebih kurang 2.55 pagi.
4. Pegawai Imigresen yang tinggal di dalam van kemudiannya memandu keluar bersama OKT warga Nigeria terbabit dengan alasan ingin mencari minuman di stesen minyak Petronas berdekatan.
5. Ketika dalam perjalanan pulang ke terminal KLIA, Pegawai Imigresen terbabit mendakwa bahawa kira-kira tujuh (7) orang lelaki disyaki warga Afrika yang menaiki dua (2) buah kereta telah menahan van dan menggunakan kekerasan ke atas beliau memaksanya supaya membebaskan kedua-dua OKT Nigeria terbabit.
6. Pegawai Imigresen terbabit telah digari oleh kumpulan lelaki warga Afrika berkenaan di bahagian stering dan membawa lari bersama kedua-dua OKT warga Nigeria terbabit. Beliau telah diselamatkan oleh dua (2) orang lelaki yang kebetulan melalui kawasan kejadian.
7. Dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis KLIA pada jam lebihkurang 1.30 pagi dan jam lebihkurang 3.30 pagi.
8. Butiran OKT warga Nigeria yang melarikan diri adalah seperti berikut:
8.1 Nama : Solomon Udoh Eneh
8.2 Nama : Osuji Chinedu
9. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil tindakan GANTUNG KERJA ke atas Pegawai Imigresen terbabit serta merta sehingga siasatan selesai.
10. Di samping itu juga, Kementerian memohon kerjasama orang ramai sekira melihat individu-individu yang disyaki OKT tersebut agar melaporkan dengan segera dengan menelefon nombor 999.
Dato’ Mohamed Asri bin Yusof
Ketua Pengarah
Jabatan Depot
Kementerian Dalam Negeri
11 November 2010


















11 November 2010
KDN Sana Sini