SEGERA MELALUI FAKS
Ruj. Kami : JPN.PT.163/2/3/1Klt.19 ( 71 )
Tarikh : 8 November 2010
Ketua Pengarang,
Harian Metro
Tuan,
MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO RUANGAN (IMLAPOR) BERTARIKH 6 NOVEMBER 2010, SABTU M.S. A21
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh pengadu SHAUKI82 [IMB68350] tentang warga Pakistan yang mempunyai Kad Pengenalan dari Sabah dan meminta kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat.
3. Sehubungan dengan itu, ingin dijelaskan bahawa Kad Pengenalan dikeluarkan kepada warga Malaysia berdasarkan dokumen seperti Sijil Kelahiran, Sijil Pengesahan Taraf Warganegara dan Borang W. Manakala bagi warga asing yang telah mendapat status warganegara Malaysia dan telah dikeluarkan Sijil Warganegara juga akan dikeluarkan dengan MyKad.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(JAINISAH BT. MOHD. NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam.
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
No. Tel : 03-88807077
No. faks : 03-88808288
Email : pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Brs. Tuan TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)


















8 November 2010
Surat Kepada Pengarang